SPPB
Sistem Pengurusan Penguatkuasaan Bersepadu
Pendakwaan
Penyenaraian hitam dilaksanakan menggunakan pengkalan data yang mengandungi semua maklumat mengenai pesalah tegar yang akan dimuat turun ke dalam komputer “handheld”. Ini membolehkan pesalah tegar dikenalpasti serta-merta di tapak untuk tindakan kunci tayar, tundaan atau sebagainya.
SPPB yang ditawarkan GPSB telah dimajukan sendiri oleh GPSB dan terbukti kejayaannya di Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) dengan memenangi anugerah KMK pada tahun 2008.
Kerjasama pintar Menang-Menang yang di tawarkan tidak melibatkan sebarang risiko kepada pihak PBT baik dari aspek kos kapital (capital expenditure) modal mahupun operasi. Ini boleh direalisasikan melalui elemen perkongsian keuntungan atau kerjasama lain yang bersesuaian dengan aspirasi pihak PBT.

